Monday, April 26, 2010

Pengenalan

Syarikat Ocimum Enterprise telah ditubuhkan secara rasmi pada Julai 2008 dan telah beroperasi di A – 119 Kampung Melayu Sri Kundang Kuang 48020 Rawang, Sungai Buloh ia merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan hak milik bumiputera sepenuhnya.
Produk utama perniagaan adalah menempah dan menjual pakaian, membekal dan menjual alatan jahitan, kelengkapan Haji dan Umrah dan perkhidmatan pengurusan. Biarpun ia baru didaftarkan secara rasmi, perniagaan ini telah dimulakan secara sambilan lebih 6 tahun yang lalu oleh pemilik. Di samping itu pemilik perniagaan ini mempunyai lebih 7 tahun pengalaman kerja di dalam bidang jahitan .
Kini Syarikat ini telah telah membuka satu lagi cawangannya yang terletak di No 21 , Bazaar Majlis Perbandaran Selayang Greenwood 68100 Batu Cave Selangor Darul Ehsan.